Faktor yang membatalkan kewarganegaraan
Seseorang yang menjadi warganegara boleh hilang kewarganegaraan dengan dua cara. Pertama dia sendiri menolak kewarganegaraan kerana sebab-sebabnya. Kedua, dia telah menyalahi undang-undang dan membuat tindakan yang dilarang iaitu, salah satu daripada yang berikut:
- -Dia menjadi warganegara satu negeri asing.
- -Dia menggunakan segala hak dan kemudahan dalam negeri lain, sedangkan hak-hak itu diberikan kepada warganegara negerimitu sahaja, misalnya dia menyertai pilihan negeri asing atau memiliki pasport negeri asing.
- -Seorang wanita menjadi warganegara negeri asing melalui perkahwinan dengan lelaki negeri berkenaan.
- -Bertindak negatif yang menunjukkan dia tidak lagi taat setia kepada negara Malaysia
- -Berniaga/berhubung dengan negeri musuh.
- -Dihukum di mana-mana negeri dalam tempoh lima tahun setelah dia menjadi warganegara persekutuan, dengan hukuman penjara tidak kurang 12 bulan atau didenda tidak kurang RM5,000.00.
- -Memberi khidmat kepada negeri lain tanpa kebenaran.
- -Tinggal menetap di negeri asing selama lima tahun berturut-turut kecuali untuk berkhidmat dengan atau bagi kerajaan Malaysia.
- -Disedari kewarganegaraannya telah diperoleh dengan penipuan.
- -Wanita asing yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui perkahwinan, telah bercerai dengan suaminya, kecuali dia bercerai mati.
Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa kewarganegaraan itu satu taraf istimewa, dan tidak pula kebal daripada sebarang tindakan perlucutan. Tidak kira sama ada status kewarganegaraan itu diperolehi secara automatik seperti warisan atau melalui permohonan, ia boleh ditarik balik atau dibatalkan di atas kesalahan.
No comments:
Post a Comment